Friday, November 14, 2008

Peribahasa Alaf Baru...

Ni mana ntah asal usul peribahasa ni... memandai jer ngubahnya...
Ala-ala kreatif kot...

Peribahasa: Lembu punya susu, Nestle dapat nama.
Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.

Peribahasa: Melepaskan batuk di dalam lift.
Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai! Jangan lah tempat awam yang ter-enclosed. Aiseh....

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer. (isk2...ye ke? ni tuduhan melolos ni..ish2...)

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua. Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu lah selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jangan kuning gigi.
Maknanya: Macam mana nya hensem ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga, kuning-berkarat, jangan lah eksen kental nak tackle pompan. Geli-geman di buat nya.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentuuuuuuutlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi......

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk.
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......bro!!!!

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya: maknernyer . . maknernya...... Jgn nak tersengeh2 kat depan PC. Pegilah buat khoje...

1-10, 10-1

You might like it. This is hilarious.....
even an Englishman could not construct sentences using numeric, which is exclusive only to Malaysians and Singaporeans.

Ah Kaw was asked to make a sentence using 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,10. Not only did he do it 1 to 10, he did it again from 10 back to 1. This is what the came up with.....

"1 day I go 2 climb a 3 outside a house to peep. But the couple saw me, so I panic and 4 down. The man rushed out and wanted to 5 with me. I ran until I fell 6 and threw up. So I go into 7-eleven and grabbed some 8 to throw at him. Then I took a 9 and try to stab at him. 10 God he run away.

10 I put the 9 back and pay for the 8 and left 7-eleven. Next day I called my boss and told him I was 6. He said 5, tomorrow also no need to come back 4 work. He also asked me to go climb a 3 and jump down. I don't understand. I am so nice 2 him but I don't know what he 1"

Thursday, November 13, 2008

Thank You my dearie adiks...

Post kali ni khas buat adik2 ku sayang.... (zeti, lilah, erna, dayah & nini)

Aduhai adik2ku sayang.... suka buat kejutan kat akak.

Malam tadi dalam area kul 10 lebih kot... tgk syok dok stdy, ramai2 adik2 datang bilik bawa kek ape ke namanya.. "Tiramitsu" kot. Erm... tak tau la spelling betul ke tak. Blasah jerla...

Ni dia kek tu....



Patutla zeti kata nak p bilik Mai la...itula, inila. Owh...rupanya bg alasan nak p beli kek kat King's tesco Extra. Pepun tq banyak kat korang. Sanggup bersusah payah menggagahkan diri beli kek kat situ wlaupun masing2 sibuk ngn exam lagi....

Wah... Terharunya! Isk...isk...

Rasa pelik jer bila tgk lilah pegang kek tu. Penat fikir. Sape pulak punya birthday ni... nak kata diri sndiri punya b'day...dah lama lepas. Nak kata z pny b'day, masa cuti aritu....Rupa-rupanya....

InsyaAllah... kak mas akan ingat sentiasa kenangan yang dicipta ni. Janjila yang korang akan stay keep in touch ngn kak mas k...Klu x kak mas jengok korang, korang dtg la jengok kak mas pulak!

Jangan nakal2, jangan berebut boy fren (hehe, pernah ke?), jg iman, jaga amal jaga tingkah laku...Kalau ada apa2 nak story just call me! Klu boleh time malam... sbb siang akak bekerja... Nti anak murid jeles sbb diorang xleh bawak hp p sekolah... :) takpun, silap2 aribulan kene tegur ngn guru pembimbing @ lecturer. Hoho....tidak!!!


P/s: korang tetap dihati....always. Antara adik2 yg terbaik yang kak mas kenal....insyaAllah.

Wednesday, November 12, 2008

Bersediakah anda untuk bercouple? Check it out!


Artikel ini di copy/paste dari http://ustaz-zamri.com/



Anda telah BERSEDIA untuk bercouple JIKA...

Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi
menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara
.

Sebaliknya anda BELUM BERSEDIA untuk bercouple JIKA...

Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok

demi melayani kehendak nafsu semata-mata.



Anda telah BERSEDIA untuk bercouple JIKA...

Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

Sebaliknya anda BELUM BERSEDIA untuk bercouple JIKA...

Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan, menyentuh dan…TOT!

(argh...malas la nak cakap...pikirla sendiri)

Anda telah BERSEDIA untuk bercouple JIKA...

Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam

pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.

Sebaliknya anda BELUM BERSEDIA untuk bercouple JIKA...

Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Anda telah BERSEDIA untuk bercouple JIKA...

Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa
di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin sejati.

Sebaliknya anda BERSEDIA untuk bercouple JIKA...

Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,
solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang... aduyai!

So, macam mana ? Dah sedia ?

'Puasa' la dulu kalau belum cukup bersedia...

Bengkel Dakwah di USM..ish, rugi tak p...

Salam sejahtera sahabat semua.... Di sini ada sedikit pengumuman....

Satu Bengkel Dakwah oleh Sheikh Yusuf Estes, bekas Paderi dan Pendakyah Kristian dari Texas, Amerika Syarikat akan diadakan. Butir-butir program adalah seperti berikut:

Bengkel Dakwah
Sheikh Yusuf Estes,
bekas Paderi dan Pendakyah Kristian dari Texas, US

Tarikh : 16hb Nov 2008 (Ahad).

Waktu : 8.30 pagi - 1.30 tengahari.

Tempat : Dewan Kuliah G, Bangunan Sains Komputer,
bersebelahan dengan Masjid Al Malik Khaliq USM,Pulau Pinang.
Yuran : Rm20.00, bayaran boleh dibuat pada hari tersebut.

Anjuran bersama Pusat Islam USM dan IPSI (Islamic Propagation Society International)


Kepada yang berminat, sila sms nama dan no IC ke 019-411 5665 (Bro Kamarudin) atau pun menghantar emel (nama, no IC dan no telefon) ke ipsi7@streamyx.com
Marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada beramai-ramai sebagai tanda menghargai ilmu & usaha pihak penganjur. Ajaklah rakan-rakan dan keluarga untuk turut serta menyertai bengkel dakwah ini. Semoga dengan usaha dan niat baik ini mendapat berkat dan rahmat dari NYA…

Renung-renungkan….

Apalah sangat dengan 5 jam menghadiri bengkel ini kalau nak dibandingkan dengan 5 jam menonton drama Korea/Hindustan dan Bola Sepak di TV…

Apalah sangat RM 20 yang kita keluarkan sebagai yuran program ni kalau nak dibandingkan dengan ribuan ringgit yang dilaburkan oleh pihak penganjur untuk membawa Sheikh Yusuf Estes tu ke Malaysia ni.

Semoga dengan usaha kita yang apalah sangat’ ini kalau nak dibandingkan dengan ganjaran Ilahi mendapat berkat dan rahmatNYA.
Manalah tahu, dengan kerana ikhlasnya kita menyertai program ini keranaNYA menjadi satu asbab kita dilepaskan dari api neraka. InsyaALLAH….
Sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan...

Monday, November 10, 2008

Kenangan di tanah Lumpur... bersama Lilah

Alhamdulillah....

Selesai satu misi kunjungan balas ke rumah lilah. Bukan satu...tapi dua2 rumah mas pegi. Walupun masih tersisa 2 paper lagi yang perlu di hadap untk exam ni... tapi rasanya kunjungn ini juga perlu diberi perhatian sebab dah ada peluang... Kebetulan banyak 'gap' untuk exam yang seterusnya... Syukur, semua pun Allah yang tetapkan. Ada kelapangan, dipermudahkan segala-galanya....

Lilah.. tahu tak? Dalam banyak2 kawan2 yang akak ada... rasanya lilah kawan, sahabat merangkap adik yang pertama akak kenal, sampai pegi ke rumah.....

Masa sebelum pegi tu excited sungguh rasanya... Nak kata xpenah gi KL, banyak kali jugak la sedara pun ramai jugak kat sana. Beberapa hari sebelum p tu slalu tanya soalan kat lilah...

"Lilah siapa ada kat rumah?"

"Mak... hafiz memang ada kat rumah".

Masa dengar tu... Owh, mak n hafiz jer yang ada rupanya. Ala.... ingat kan adik2nya ada. Ingat boleh kenal ngan Cici. Tak balik la pulak... Tak pela... yang penting Mak lilah ada. Suka nak dengar tazkirah bonda Lilah. Kat rumah mas, mak tak biasa bg tazkirah...kadang2 jer. Yang selebihnya mas yang bg tazkirah. Terutamanya dekat Munir (adik yang memang slalu kene follow up perkembangannya). Hehe... (",) Mak ayah tak larat nak lecture dah... Nasib la dia mau dengar bebelan akak dia ni... Lega sikit ati mak.

Eh, eh... mas. ni nak citer pasal lwtn ke rmh lilah ke apa ni?
Potong markah kang? Huhu... Ok2..

Masa dalam bas tanya lagi soklan yang sama... (mesti lilah boring dgr soalan yang sama, kan?)

"Lilah , siapa ada kat rumah?"

"Ali pun ada balik. Kat sekolah takde air. "

Woha... Ali pun ada. Erm, ok la tu. Kiranya ramai la yang boleh dijumpa nnti.

Bertolak dari penang kul 12mlm ari jumaat (8 November '08). Masa dalam perjalanan nak pegi KL tu, syokla bersembang. Orang lain tido, kite bersembang. Tapi xleh la share kat sini... Rahsia... Bila dah tak de modal nak bersembang, tido. Amboi... syoknya si Lilah tido. Ni kalau bas berenti pun tak sedar ni. Sebab tu masa berenti kat simpang Pulai (U) kejutkan dia. Kot2la nak p tandas ker... Penyudahnya, kita jugak yang turun sorang2. Takpelah.. bak kata lilah, 'menghargai' tempat yang kita lalu tu...

Adala beli kopok sikit masa berenti tadi. So, bila naik bas makan la benda tu. Ajak lilah skali. Pe lagi, bila dah jaga... sambung sembang lagi. Tak de modal, tidola balik...

Masa dah sampai Jalan Duta, terkejut tgk Amin pun ada. Diala jadi driver masa tu. Eh, eh... ramai la pulak kat rumah. Ingatkan si Amin ada kat U ke, mana ke. Sedih coz Fadilah jer yang tak de... Huhu...

Sbnrnyakan... part yang paling mas suka ialah masa mak lilah bercakap... Masa sampai tu, trus jer siap2 mandi, solat semuala yang patut. Sbnrnya bajet nak tido dulu... Tapi, dah 'cupui' sgt masanya. Dah siap semua... p la turun bawah. Intai2... rupenya mak cik tgh masak. Wah...mmg lapo pn time tu... ngntuk pun ye jugak. Lilah dah macam nmpak katil jer... Haha...ngntuk sgtla tu.

Hbs mkn tu, sambg cite pulak. Dudukla bertiga kat ruang tamu tu, sambil lilah memeluk bantal dek kerana mngntuk xde tahap... Macam2-cerita...dari cerita pasal Mus'ab sampaila bab2 lilah n her siblings. Sbnrnya, mas kagum dgn mak lilah. Bg mas, dia seorang yang tak pernah putus asa. Sentiasa fikir, 'masih ada jalan ' untuk setelkan sesuatu masalah tu. Kalau tak boleh plan A, guna plan B. Tak boleh juga, guna plan C. Selalu motivate anak-anak dia, selalu pantau perkembangan dan penguncupan anak2 dia.

Kalau ikutkan, bukan mudah nak buat semua tu walaupun dia suri rumah sepenuh masa. Sbg seorang yang dahagakan ilmu, mas pun tanya la tips2 mendidik anak2. Mungkin masa tu, soalan tu tak layak di tanya lagi, tapi rasanya input tu dpt digunakan untuk mendidik anak bangsa nnti. Wah... mula bercakap seperti seorang pendidik. Hoho.... Hasilnya, dapat la mas simpulkan bahawa untuk mendidik manusia, cara mendidik/menegur berbeza. Kena kenal kelebihan, kekurangan dan tahu masa yang sesuai untuk menegur. Ketegasan perlu ada tapi, adakalanya kebebasan juga perlu namun, dalam keadaan yang tidak melampau...

Untuk wanita2 di luar sana, bila dah jadi ibu orang, mak orang, ummi orang, jangan la rasa putus asa untuk didik anak-anak dengan iman, dengan takutkan Allah... Hasilnya bila dah besar nnti baru la nampak. Baru boleh rasa lega... Ingat, saham(anak2) kene jaga... Nnti kena tanya kat sana nnti...

Petang Sabtu tu mak lilah bawak jalan2. Makcik jalan ngan Ali as body guard. Mas jalan ngan lilah. Sbnrnya lilah yang nak beli sandal tp bila dia beli, rasa teruja pulak nak beli sandal yang sama. Tapi, rasanya berbaloi beli. InsyaAllah, tahan lama. Masa dah habis shoping kasut, tetiba mak lilah call...

"Kakak, kak mas suka kaler apa?"

Ish2x...pelik jer bunyi.

"Kak mas suka kaler apa, kak mas?"

"Akak suka kaler.... tut....tut...tut... (rahsia) tapi ikut benda juga. Ada masa suka kaler ni, ada masa suka kaler tu"

Cari punya cari, rupanya mak lilah nak belikan telekung. Ish3x... makcik ni. Suka hadiah itu ini. Terima kasih byk2 makcik... selama ni mas pakai telekung yang mak mas buat. Syg sgt nak buang. Takpe, lepas ni mas pakai gilir2. Kadang2 pakai yang mak buat, ada masa pakai yang makcik bg pulak. Haa... baru la adil.

Citer pasal kasut pulak...Masa nak kuar petang tu, adala makcik tanya.

"Mas pakai kasut saiz bape?"
"erm, saiz tut.... makcik"

Patutla tanya, rupanya nak bg kasut dia. Mmg masa keluar tu dah nampak kasut tu. Cantik jer tengok. 'Sweet' jgk taste auntie ni. Katanya kasut tu tinggi, sakit pinggang pakai. Masa pegi dah bw 2 kasut, masa balik jadi 4 kasut... Sbnrnya ada lagi yang auntie bg, tp xnak la story. Nnti korang semua jeles... tak elokkan buat orang lain jeles.

Bab makan pulak... Ish, tak yah cakap la. Rasa macam kat kedai (sedap la tu maksudnya). Lauk dia...tak yah cakap la banyak nya.. Nasib baik mas ni jenis kuat makan walaupun 'kering kontang'. So, tak de hal la nak makan banyak ni. Hehe... metabolisme tinggi nak wat cane, kan?

Memang 2 hari kat sana tak lekat kat rumah la. Hari Ahad tu anta Ali & jengok Cici kat sekolah dia. Kira sempat jumpe semua adik-beradik lilah la. Tak sia-sia pegi.

Kisah masa nak balik tu, kitorang dah lambat sebenarnya. Bas kul 11pm. Kalau ikut kata auntie, nak p Jalan Duta tu amik masa dlam 45 minit. Tapi, keluarnya pukul 10.20pm. Amin kata, "Dah Amin tengok orang lain rilek, Amin pun rilek jer la". Oleh kerana takut tertinggal bas, Amin pun bertukar menjadi Amin ketika bermain games racing kereta di rumahnya. Kecut jugak sbnrya tp buat2 rileks. Auntie pun buat2 syok layan mas bersembang untuk mghlgkn resah di hati...

Drive punya drive, kalau tak silap 20 minit dah sampai... hoho, tak sangka betul. Berapa kilometer sejam puntak tau la tadi. Ish2..tak boleh publish sini...nnti JPJ nampak ni kene saman tau...

Sedih nak tinggalkan auntie... Kalau boleh nak lama lagi. Nak dengar tazkirah hari-hari. Lilah lagila sedih. Kampung sendiri...mestila nak tinggal lama2. Lagipun bukan selalu dapat balik. Selalunya hujung minggu sibuk dengan program sana sini. InsyaAllah, auntie ada masa, ada rezeki mas datang lagi. Semoga auntie sentiasa berbahagia dalam rahmatNYA. Terima kasih banyak2 atas segala2nya....

Saturday, November 1, 2008

Sampai saat kita berpisah...keranaNYA

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim....


Ai...lama bebenor blog ni dibiarkan kosong, berabuk seperti tiada berpenghuni. Hoho... Kini tibalah masa untuk mengelap segala habuk2 yang ada semampu mungkin kerana exam yang bakal menyerang 2 hari lagi. Selamat menempuh exam dengan tenang dan yakin!! Semoga kita semua dipermudahkan... Maka, untuk mempermudahkan sesama kita di medan exam nanti, marilah kita sama2 mencuri seminit dua dari masa stdy untuk mendoakan antara satu sama lain.... Al-Fatihah....( Jangan lupa masukkan sekali nama saya... )


Terasa macam 'busy' bebenor sem ni @ buat2 sibuk @ perasan sibuk. Maka, semalam ( sekitar jam 3.15 pg) tidak semena2 sesuatu telah terjadi ketika diri ini mem'busy'kan diri @ buat2 busy @ perasan busy semasa sedang menelaah pelajaran sambil mendendangkan telingan ini dengan alunan muzik dari IKIM... (kalau dengar stesen lain asyik tukar2 jer, pantang ada lagu yg xbekenan di hati). Tetiba jer DJ tu pasang lagu ni... aish, tersentuh hati...

Bayangkan mas (kak mas) yang nyanyi lagu ni...

Aiseh...bajet sedap sgt la...

Layanz....

UNTUKMU TEMAN_ Brothers

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman

Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita

Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya
Untuk selamanya.....


Maka, semasa mendengar dgn khusyuknya lagu tu..
Teringatlah kepada adik2 kesayangan.... (zeti, lilah, dayah, erna, ifah n etc)
sahabat2...(aja, ika, zaisya, metul, tikah, ecah, rina, sern, nad etc)
yang dah grade....
yang belum grade...
sambil mengalirkan butir-butir mutiara (bnyk la mutiara, ckp je la nangis hehe...)
Yang pasti, semuanya sukar di cari ganti...

Ai.... sedeynya rasa...
Apa nak buat...
Kehidupan perlu diteruskan seperti biasa...

Buat zeti...
Jangan sedih bila akak takde nnti...
Kita bukan jauh sangat... dekat jer...
Naik kete pun sampai... =)
Masa yang tersisa ni…
Kalau2 rasa nak record perbuatan kak mas ker,
nak rekod bebelan kak mas ker… Silakan…
Dibenarkan untuk tatapan di kala kejauhan..

(aiseh, macam nak pi Mekah pulak)
Kalau rindu, kol jer...
Klu problem pun kol jer...
Kalau susah sangat rempit jer ke tempat kak mas…
Tak susah… kete kan ada…



Buat lilah n dayah…
Maaf, slalu ganggu korang time nak exam ni…
Slalu masuk bilik n buat macam bilik sendiri…
Bukan apa, saja nak mencipta kenangan bersama…
Nanti susah cikgu nak mengajar anak murid
Kalau asyik terkenang jer...
Terima kasih atas nasihat dan perhatian korang serta kesabaran melayan karenah seorang kakak....



Buat sahabat yang bakal sma2 LM nnti...
terima kasih atas persahabatan yang terbina...
smg kita diberikan kekuatan untuk menjaga persahabatan yg terbina...
tak lupa juga pada kawan2 yg dah grade...
yg dah keje...
yg dah jadi lecturer...
yg tgh sambung master...
yg dah kawin (mugkin...)
jangan lupakan saya...huhu =(
rindu kamu semua...
rina, sern, hani...n nad...
ingt lagi masa kita 1st year dulu...
slalu sama2...
p kuliah sama2...
makan sama2...
buat lab repot sma2...sampai berguling2 kat bilik sern...
sampai terpaksa guna YM sebab hani n rina dah pindah CG...
p tutorial sma2...
yang paling tak boleh lupa...
masa korang celebrate bday mas...
tq sgt2 sbb bersusah payah....
belikan kek n etc....
bersusah payah datang ke RST...
semata2 nak celebrate brithday I...
ish.. terharu U... (",)
Ish3x... andai ada kedengaran di telinga korang semua....
lagu tadi...
maka, kenang la daku dalam doamu...
klu x dgr pon, korang nyanyi la ramai2..
buat koir...
ingat la kat teman ni...
rindu korang...
huhu...
smg persahabatan ini kekal selamanya.....
amin.....