Monday, November 10, 2008

Kenangan di tanah Lumpur... bersama Lilah

Alhamdulillah....

Selesai satu misi kunjungan balas ke rumah lilah. Bukan satu...tapi dua2 rumah mas pegi. Walupun masih tersisa 2 paper lagi yang perlu di hadap untk exam ni... tapi rasanya kunjungn ini juga perlu diberi perhatian sebab dah ada peluang... Kebetulan banyak 'gap' untuk exam yang seterusnya... Syukur, semua pun Allah yang tetapkan. Ada kelapangan, dipermudahkan segala-galanya....

Lilah.. tahu tak? Dalam banyak2 kawan2 yang akak ada... rasanya lilah kawan, sahabat merangkap adik yang pertama akak kenal, sampai pegi ke rumah.....

Masa sebelum pegi tu excited sungguh rasanya... Nak kata xpenah gi KL, banyak kali jugak la sedara pun ramai jugak kat sana. Beberapa hari sebelum p tu slalu tanya soalan kat lilah...

"Lilah siapa ada kat rumah?"

"Mak... hafiz memang ada kat rumah".

Masa dengar tu... Owh, mak n hafiz jer yang ada rupanya. Ala.... ingat kan adik2nya ada. Ingat boleh kenal ngan Cici. Tak balik la pulak... Tak pela... yang penting Mak lilah ada. Suka nak dengar tazkirah bonda Lilah. Kat rumah mas, mak tak biasa bg tazkirah...kadang2 jer. Yang selebihnya mas yang bg tazkirah. Terutamanya dekat Munir (adik yang memang slalu kene follow up perkembangannya). Hehe... (",) Mak ayah tak larat nak lecture dah... Nasib la dia mau dengar bebelan akak dia ni... Lega sikit ati mak.

Eh, eh... mas. ni nak citer pasal lwtn ke rmh lilah ke apa ni?
Potong markah kang? Huhu... Ok2..

Masa dalam bas tanya lagi soklan yang sama... (mesti lilah boring dgr soalan yang sama, kan?)

"Lilah , siapa ada kat rumah?"

"Ali pun ada balik. Kat sekolah takde air. "

Woha... Ali pun ada. Erm, ok la tu. Kiranya ramai la yang boleh dijumpa nnti.

Bertolak dari penang kul 12mlm ari jumaat (8 November '08). Masa dalam perjalanan nak pegi KL tu, syokla bersembang. Orang lain tido, kite bersembang. Tapi xleh la share kat sini... Rahsia... Bila dah tak de modal nak bersembang, tido. Amboi... syoknya si Lilah tido. Ni kalau bas berenti pun tak sedar ni. Sebab tu masa berenti kat simpang Pulai (U) kejutkan dia. Kot2la nak p tandas ker... Penyudahnya, kita jugak yang turun sorang2. Takpelah.. bak kata lilah, 'menghargai' tempat yang kita lalu tu...

Adala beli kopok sikit masa berenti tadi. So, bila naik bas makan la benda tu. Ajak lilah skali. Pe lagi, bila dah jaga... sambung sembang lagi. Tak de modal, tidola balik...

Masa dah sampai Jalan Duta, terkejut tgk Amin pun ada. Diala jadi driver masa tu. Eh, eh... ramai la pulak kat rumah. Ingatkan si Amin ada kat U ke, mana ke. Sedih coz Fadilah jer yang tak de... Huhu...

Sbnrnyakan... part yang paling mas suka ialah masa mak lilah bercakap... Masa sampai tu, trus jer siap2 mandi, solat semuala yang patut. Sbnrnya bajet nak tido dulu... Tapi, dah 'cupui' sgt masanya. Dah siap semua... p la turun bawah. Intai2... rupenya mak cik tgh masak. Wah...mmg lapo pn time tu... ngntuk pun ye jugak. Lilah dah macam nmpak katil jer... Haha...ngntuk sgtla tu.

Hbs mkn tu, sambg cite pulak. Dudukla bertiga kat ruang tamu tu, sambil lilah memeluk bantal dek kerana mngntuk xde tahap... Macam2-cerita...dari cerita pasal Mus'ab sampaila bab2 lilah n her siblings. Sbnrnya, mas kagum dgn mak lilah. Bg mas, dia seorang yang tak pernah putus asa. Sentiasa fikir, 'masih ada jalan ' untuk setelkan sesuatu masalah tu. Kalau tak boleh plan A, guna plan B. Tak boleh juga, guna plan C. Selalu motivate anak-anak dia, selalu pantau perkembangan dan penguncupan anak2 dia.

Kalau ikutkan, bukan mudah nak buat semua tu walaupun dia suri rumah sepenuh masa. Sbg seorang yang dahagakan ilmu, mas pun tanya la tips2 mendidik anak2. Mungkin masa tu, soalan tu tak layak di tanya lagi, tapi rasanya input tu dpt digunakan untuk mendidik anak bangsa nnti. Wah... mula bercakap seperti seorang pendidik. Hoho.... Hasilnya, dapat la mas simpulkan bahawa untuk mendidik manusia, cara mendidik/menegur berbeza. Kena kenal kelebihan, kekurangan dan tahu masa yang sesuai untuk menegur. Ketegasan perlu ada tapi, adakalanya kebebasan juga perlu namun, dalam keadaan yang tidak melampau...

Untuk wanita2 di luar sana, bila dah jadi ibu orang, mak orang, ummi orang, jangan la rasa putus asa untuk didik anak-anak dengan iman, dengan takutkan Allah... Hasilnya bila dah besar nnti baru la nampak. Baru boleh rasa lega... Ingat, saham(anak2) kene jaga... Nnti kena tanya kat sana nnti...

Petang Sabtu tu mak lilah bawak jalan2. Makcik jalan ngan Ali as body guard. Mas jalan ngan lilah. Sbnrnya lilah yang nak beli sandal tp bila dia beli, rasa teruja pulak nak beli sandal yang sama. Tapi, rasanya berbaloi beli. InsyaAllah, tahan lama. Masa dah habis shoping kasut, tetiba mak lilah call...

"Kakak, kak mas suka kaler apa?"

Ish2x...pelik jer bunyi.

"Kak mas suka kaler apa, kak mas?"

"Akak suka kaler.... tut....tut...tut... (rahsia) tapi ikut benda juga. Ada masa suka kaler ni, ada masa suka kaler tu"

Cari punya cari, rupanya mak lilah nak belikan telekung. Ish3x... makcik ni. Suka hadiah itu ini. Terima kasih byk2 makcik... selama ni mas pakai telekung yang mak mas buat. Syg sgt nak buang. Takpe, lepas ni mas pakai gilir2. Kadang2 pakai yang mak buat, ada masa pakai yang makcik bg pulak. Haa... baru la adil.

Citer pasal kasut pulak...Masa nak kuar petang tu, adala makcik tanya.

"Mas pakai kasut saiz bape?"
"erm, saiz tut.... makcik"

Patutla tanya, rupanya nak bg kasut dia. Mmg masa keluar tu dah nampak kasut tu. Cantik jer tengok. 'Sweet' jgk taste auntie ni. Katanya kasut tu tinggi, sakit pinggang pakai. Masa pegi dah bw 2 kasut, masa balik jadi 4 kasut... Sbnrnya ada lagi yang auntie bg, tp xnak la story. Nnti korang semua jeles... tak elokkan buat orang lain jeles.

Bab makan pulak... Ish, tak yah cakap la. Rasa macam kat kedai (sedap la tu maksudnya). Lauk dia...tak yah cakap la banyak nya.. Nasib baik mas ni jenis kuat makan walaupun 'kering kontang'. So, tak de hal la nak makan banyak ni. Hehe... metabolisme tinggi nak wat cane, kan?

Memang 2 hari kat sana tak lekat kat rumah la. Hari Ahad tu anta Ali & jengok Cici kat sekolah dia. Kira sempat jumpe semua adik-beradik lilah la. Tak sia-sia pegi.

Kisah masa nak balik tu, kitorang dah lambat sebenarnya. Bas kul 11pm. Kalau ikut kata auntie, nak p Jalan Duta tu amik masa dlam 45 minit. Tapi, keluarnya pukul 10.20pm. Amin kata, "Dah Amin tengok orang lain rilek, Amin pun rilek jer la". Oleh kerana takut tertinggal bas, Amin pun bertukar menjadi Amin ketika bermain games racing kereta di rumahnya. Kecut jugak sbnrya tp buat2 rileks. Auntie pun buat2 syok layan mas bersembang untuk mghlgkn resah di hati...

Drive punya drive, kalau tak silap 20 minit dah sampai... hoho, tak sangka betul. Berapa kilometer sejam puntak tau la tadi. Ish2..tak boleh publish sini...nnti JPJ nampak ni kene saman tau...

Sedih nak tinggalkan auntie... Kalau boleh nak lama lagi. Nak dengar tazkirah hari-hari. Lilah lagila sedih. Kampung sendiri...mestila nak tinggal lama2. Lagipun bukan selalu dapat balik. Selalunya hujung minggu sibuk dengan program sana sini. InsyaAllah, auntie ada masa, ada rezeki mas datang lagi. Semoga auntie sentiasa berbahagia dalam rahmatNYA. Terima kasih banyak2 atas segala2nya....

No comments: