Thursday, April 24, 2008

Bersama SPAQ mengutip secebis ilmu...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga ku panjatkan kepadaNYA kerana akhirnya dapat jugak melapangkan masa untuk join kelas SPAQ kali ni. Dah banyak kali kak wardah and bro izat jemput ke sana. Tapi, baru malam ni ada kesempatan. Time kasih sbb tak jemu ajak adik yang nakal ni. Hehe... Apa itu SPAQ? Ok, nak tahu lebih lanjut pasal SPAQ boleh jalan2 cari ilmu dan buka minda kat http://skuad.wordpress.com/.


Sebenarnya, ada bbrp program lain dalam kepala tp rasanya kelas kali ni kena p jugak. Buat sahabatku hasnah (atau panggilan manjanya 'sern') selamat hari lahir mas ucapkan. Maaf, tak dapat menyambut ulangtahun kelahiranmu malam ni. Ok, berbalik kepada program malam ni. Ada dua orang yang membuat pembentangan. Pembentangan yang pertama bro Nuruddin membentangkan tajuk Sekularisme and second presenter bro izat yang membentangkan tajuk 'Sufiah Yusof dan Pendidikan di Malaysia; satu analisa'.


Macamana nak citer ni ek? Erm, kita start dari mula la yea. Sebelum datang tu mas ingatkan buat kat kelas KAFA masjid USM tu. Dengan rasa musykil, mas pun terus call kak wardah cayang.


Mas : Kak wardah kat mana ni? Mas ada kat masjid ni. Kelas kita kat mana sebenarnya?

(Masa ni tak p check pun kat kelas KAFA tu, saja ngada trus tipon kak wardah. Bila lg

nak ngada ngan kak wardah, yea tak? Hehe...)

Wardah : Owh, akak ada kat Dewan Muzakarah ni.


Dewan Muzakarah? kat maner yea. Rasa macam tahu tapi disebabkan tahap ke'mengada'an yang tinggi....


Mas : Ala... kat mana tu kak wardah. Boleh tak kak wardah kuar jap?


Dengan tidak semena2 kak wardah pun kluar menjengok adiknya yg mengada2 ni yang membawa 2 orang konco yang setia iaitu zeti dan hajar. Kedatangan kami amat dialu2kan memandangkan memang xbrapa nak ada orang; mungkin hujan jadi penghalang kot. Masuk dalam tu jumpa ngan kak niza n kak teh dan adala 2 makhluk ciptaan Allah lagi (bro izat n unknown person).


Dah tu, Bro Nuruddin pun ceritala pasal Sekularisme; tentang sejarah kelahiran sekularisme di Barat dan sebab2 meletusnya fahaman Sekular ni. Masa dia bentang tu, rasa macam banyak jer yg mas tak tahu. Dengan 'term' arab yang xpnh dgr pon ada. Aduh, kurang nya ilmu saya ni. Betulla yea, lagi banyak kita belajar, lagi kita rasa banyak lagi yang kita tak tahu.
Lepas tu adala bincang sikit pasal isu Sufiah tu. Adala dikaitkan sikit bagaimana sistem pendidikan yang dia terima secara tak langsung memberi peluang kepada dia untuk jadi macam tu. Secara peribadi, mas tak brape stuju nak salahkan Sufiah jer. Ada banyak faktor dia jadi cam tu... Doa2kanlah satu hari nanti terbuka hati dia nak kembali ke jalan yang benar... Amin.

Tuesday, April 22, 2008

USM : E-daftar bermula sidang hadapan 2008/09

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutamanya warga USM.

Hari ni saya teringin nak berkongsi berita dengan anda semua khasnya warga USM. Ok, bermula dari sidang hadapan (2008/09), USM tercinta akan memperkenalkan sistem pendaftaran secara E- daftar. Maksudnya, kita tak perlu susah nak datang awal kat USM ni semata-mata sebab nak mendaftar. Saya tahu pasal ni setelah berjalan-jalan ke http://www.usm.my/v3/. Nak tahu banyak lagi, boleh jalan-jalan sendiri k. Berita ni, mungkin ramai yang dah tahu @ yang tak tahu lagi. So, sesiapa yang dah tahu tu, sebar2kanlah pada rakan-rakan.

Bagi sesiapa yang nak maklumat tentang aktiviti pendaftaran kursus untuk sidang depan klik kat http://registry.usm.my/updr/Dafkur081.pdf


Kalau ada yang rasa teringin nak ambil KSCP semasa Cuti Panjang ni klik http://registry.usm.my/updr/DafkurKSCP.pdf . Semoga perkongsian yang sedikit ni memberi manfaat kepada warga USM.


P/s: Kalau dari dulu lagi buat sistem macam ni kan senang. Tak dela semua orang susah. Ingat yea kawan2. Kita daftar masa cuti nanti bukan masa semester sudah bermula. Kalau lambat, kena denda.

Kenali Peribadi melalui Bulan Kelahiran Anda

Nak tahu rahsia bulan kelahiran anda! Ya, kali ni kita akan bongkarkan rahsia anda melalui bulan kelahiran anda. Sejauh mana kebenarannya saya pun tak pasti. Tapi ini adalah hasil kajian Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Walau bagaimanapun, kajian ni ada kemungkinan betul dan tak mustahil untuk tidak tepat. Secara peribadi, saya rasa kajian ni hampir 80% tepat bagi diri saya. Anda pula bagaimana? Jom kita check sama-sama...


JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi
* Mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi.


FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu


MEI
* Keras hati & tegas
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
*Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental
*Jarang berdendam
*Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
*Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat
*Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk
*Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari
*Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
*Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui
*Oang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni
*Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
*Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak
*Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain
*Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain
*Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
*Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

P/s: Berapa peratus yang anda rasa 'match' dengan diri anda?

Monday, April 21, 2008

Menghormati Azan...


Syukur sekali lagi. Bersyukur kerana masih hidup. Dengan nikmat hidup ni sahaja, Allah dah beri saya banyak kelebihan. Apa lebihnya mas? Orang lain pun Allah bagi hidup jugak. Sebenarnya kelebihan tu bukan Allah bagi kat saya jer... anda semua pun dapat kelebihan ni. Apa dia??

Haa.. dengan adanya nikmat hidup yang Allah berikan pada kita, bererti Allah masih bagi chance kat kita untuk men'cantik'kan amalan kita. Betul tak?? (Betul tak betul sendiri jawab la. ok!)

Baiklah kawan2 semua....

Mas nak tanya pada kawan2. Pernah tak, tengok orang yang sedang menghadapi kematian?? Perasan tak, ada orang bila nak mati susah sangat. Nafas turun naik.Time nak mengucap tu... Allah hai... punyala payah! Masa sihat dulu laju jer sebut. Ish, takkan dah lupa kot! Ni masa dah nak mati ni, masa dia betul2 memerlukan susah pulak. Apa kes?? Nak tahu sebab apa? Ok. ada satu hadis ni. Jom baca ramai2...

Diriwayatkan dari sebuah hadis yang bermaksud :

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Laa... bukan dia tak ingat la. Rupanya masa hidup dulu dia ni tak hormatkan azan. Hormatkan azan?? Macamana tu?? Nak kena tunduk macam Jepun tu ker?? Adus... tak payah susah2. Senyap dan jawab azan itu dah cukup baik. Tak penat ker asyik nak bercakap jer. Time azan, bagila rehat kejap mulut tu. Bukan lama pun, dalam 5 minit jer.

Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Kalau lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Oleh itu, maafkanlah mas kalau ada yang cuba bercakap dengan mas, mas buat tak layan jer. Bukan tak dengar. Tapi, nak hormati azan. Dahla amalan saya ni tak banyak. Tak hormat azan pulak... Ish...ish...

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.

"Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

Adab Menguap




Assalamualaikum... adik2, akak2, abang2, kawan2, sahabat2 sekalian.
Saya nak cakap pasal menguap pulak kali ni. Bukan apa. Kadang-kadang bila tengok orang menguap, luas sangat nganga nya. Lalat pun boleh 'landing' dalam mulut. Hebat! memang hebat!
Tapi, perasan tak bila kita menguap, time tu la muka kita paling hodoh sekali. Alahai... buruk sangat bunyi nya perkataan 'hodoh' tu ye. Tak pe, saya tukar jadi 'tak comel' (barula sedap sikit dengar). Kalau muka tu jadi comel macam baby dalam gambar gambar kat atas tu, tak pela jugak. Islam ni memang cukup cantik. Perfect! Sampaikan bab menguap pun ada adab2 nya. Apa dia adab-adabnya? Haa... baca ni.

1. Menahan sekadar termampu.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya".


Laa... tak sangka selama ni syaitan berguling-guling ketawakan kita. Kalaula kita nampak. Mesti 'hot' punya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:

"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya".

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.

Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

Ok... sekarang dah tahula pasal menguap ni yea. So, lepas ni ramaila orang yang bila nak menguap, sopan jer kita tengok. Saya pasti syaitan2 tengah 'hot' dengan saya sebab share benda ni dengan anda semua... Haha... saya suka...

Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat beramal =)

Dosa Berkuku Panjang


Alhamdulillah... syukur padaNya saya masih diberi kekuatan untuk berkongsi sesuatu dalam blog ni. Post kali ni kita nak membincangkan pasal KUKU. Eleh... kuku pun nak cerita ker? Eh, mesti... penting ni kawan2. bukan main2 ni. Ok, sekarang saya nak tanya. Siapa takde kuku, turun tangan.... (Macam cikgu tadika tanya kat anak murid jer) Ha, tengok... semua orang angkat tangan, kan? Maksudnya, semua orang ada kuku. Yea tak kawan2? btul tak apa yang saya kata ni sahabat2 semua?

Haa... maksudnya post kali ni memang sesuai untuk SEMUA orang... tak kirala dari budak kecik sampai orang dewasa. Dari rambut hitam, kaler pelangi, sampailah yg dah beruban. (Ada org rambut kaler pelangi?)

Kalau sebatang jari kuku panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi. Dah tu, macamana kalau kesemua jari kita kukunya panjang? Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut....

So, apa tindakan kita? Tggu orang lain tolong potong, kan? Ish..ish... potongla sendiri. Itu kuku kita. Tanggungjawab kita la, yea x?

Kawan2, sahabat2, adik2 yg di kasihi sekalian....

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking (Jari kelingking tu nak buat korek idung la tu. Alamak, pecah tembelang yea. Hehe... sekadar bergurau) Lorr... 1 mm bukannya panjang sangat pun. Penatla macam ni. Uish... potong kuku pun penat ker? Ada pernah nampak orang berpeluh-peluh potong kuku? Ada ke? Pernah nampak manusia seperti itu?
Kenapa beria-ia sangat nak suruh orang potong kuku ni, cik Mas? Sebabnya... kuku yang panjang tu tidak melambangkan kebersihan dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi kita menggunakan tangan untuk beristinjak. Lain la kalau kita ni pakai gloves tiap-tiap kali nak meng'qada' hajat. Ada ke orang yang buat macam tu ? Saya tabik spring la pada sesiapa yang mampu buat macam tu. Takpun ada orang yang masih menggunakan batu untuk istinjak ? Wah... canggih la kalau boleh buat macam tu yea...

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Ajarla ilmu apa pun. Confirm tak masuk kepala... Tak percaya? Aaa... buat la eksperimen. (Ish, ada ker orang nak buat eksperimen ni?)

Kerana tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Bagi sahabat2 yang bujang tu, ingat2la yea... Kalau nak cari pasangan dan nak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.

Insya-Allah... selamat anak cucu.

Sebenarnya dah ada kajian pun pasal kuku panjang ni. Menurut saintis, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman ni memang tak boleh hilang walaupun kita cuci tangan pakai sabun, hatta guna clorox skalipun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Sesungguhnya... kebersihan itu sebahagian dari iman...
Haa... sekarang cuba check kuku masing2. Panjang ke pendek? Kalau panjang, dah potong belum? Benda baik... tak elok tangguh-tangguh. Pepun, baca bismillah dulu sebelum potong kuku tu. Niatkan potong kuku kerana Allah. Secara tak langsung dapat juga kita pahala. Tak susah rupanya nak buat pahala ni.
Sekian sahaja perkongsian untuk post kali ni. Selamat beramal !

Debate between a muslim and an atheist

At an educational institution: Professing to be wise, they became fools .... "LET ME EXPLAIN THE problem science has with God."

The atheist professor of philosophy pauses before his class and then asks one of his new students to stand.
"You're a Muslim, aren't you, son?"
"Yes, sir."
"So you believe in God?"
"Absolutely."
"Is God good?"
"Sure! God's good."
"Is God all-powerful? Can God do anything?"
"Yes."

The professor grins knowingly and considers for a moment.

"Here's one for you. Let's say there's a sick person over here and you can cure him. You can do it. Would you help them? Would you try?"
"Yes sir, I would."
"So you're good...!"
"I wouldn't say that."
"Why not say that? You would help a sick and maimed person if you could in fact most of us would if we could... God doesn't."

[No answer]

"He doesn't, does he? My brother was a Muslim who died of cancer even though he prayed to God to heal him. How is this God good? Hmmm? Can you answer that one?"

[No answer]

The elderly man is sympathetic. "No, you can't, can you?" He takes a sip of water from a glass on his desk to give the student time to relax. In philosophy, you have to go easy with the new ones. Let's start again, young fella."

"Is God good?"
"Er... Yes."
"Is Satan good?"
"No."
"Where does Satan come from?" The student falters.
"From... God..."
"That's right. God made Satan, didn't he?"

The elderly man runs his bony fingers through his thinning hair and turns to the smirking, student audience.

"I think we're going to have a lot of fun this semester, ladies and gentlemen."

He turns back to the Muslim.

"Tell me, son. Is there evil in this world?"
"Yes, sir."
"Evil's everywhere, isn't it? Did God make everything?"
"Yes."
"Who created evil?"

[No answer]

"Is there sickness in this world? Immorality? Hatred? Ugliness? All the terrible things - do they exist in this world?"
The student squirms on his feet. "Yes."
"Who created them? "

[No answer]

The professor suddenly shouts at his student.

"WHO CREATED THEM? TELL ME, PLEASE!"

The professor closes in for the kill and climbs into the Muslim's face. In a still small voice: "God created all evil, didn't He, son?"

[No answer]

The student tries to hold the steady, experienced gaze and fails. Suddenly the lecturer breaks away to pace the front of the classroom like an aging panther. The class is mesmerised.

"Tell me," he continues,"How is it that this God is good if He created all evil throughout all time?"
The professor swishes his arms around to encompass the wickedness of the world. "All the hatred, the brutality, all the pain, all the torture, all the death and ugliness and all the suffering created by this good God is all over the world, isn't it, young man?"

[No answer]

"Don't you see it all over the place? Huh?"

Pause.

"Don't you?"

The professor leans into the student's face again and whispers, Is God good?"

[No answer]

"Do you believe in God, son?"

The student's voice betrays him and cracks.

"Yes, professor. I do." The old man shakes his head sadly. "Science says you have five senses you use to identify and observe the world around you. You have never seen God, Have you?
"No, sir. I've never seen Him."
"Then tell us if you've ever heard your God?"
"No, sir. I have not."
"Have you ever felt your God, tasted your God or smelt your God... in fact, do you have any sensory perception of your God whatsoever?"

[No answer]

"Answer me, please."
"No, sir, I'm afraid I haven't."
"You're AFRAID... you haven't?"
"No, sir."
"Yet you still believe in him?"
"... yes..."
"That takes FAITH!" The professor smiles sagely at the underling. According to the rules of empirical, testable, demonstrable protocol, science says your God doesn't exist. What do you say to that, son? Where is your God now?"

[The student doesn't answer]

"Sit down, please." The Muslim sits... Defeated.
Another Muslim raises his hand. "Professor, may I address theclass?"
The professor turns and smiles. "Ah, another Muslim in the vanguard! Come, come, young man. Speak some proper wisdom to the gathering."

The Muslim looks around the room. "Some interesting points you are making, sir. Now I've got a question for you.
"Is there such thing as heat?"
Yes, the professor replies. "There's heat."
"Is there such a thing as cold?"
"Yes, son, there's cold too."
"No, sir, there isn't."

The professor's grin freezes. The room suddenly goes very cold. The second Muslim continues.

You can have lots of heat, even more heat, super-heat, mega-heat, white heat, a little heat or no heat but we don't have anything called 'cold'.We can hit 458 degrees below zero, which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold, otherwise we would be able to go colder than458 - - You see, sir, cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold.
"Heat we can measure in thermal units because heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it."

Silence. A pin drops somewhere in the classroom.

"Is there such a thing as darkness, professor?"
"That's a dumb question, son. What is night if it isn't darkness? What are you getting at...?
"So you say there is such a thing as darkness?"
"Yes..."
"You're wrong again, sir. Darkness is not something, it is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light but if you have no light constantly you have nothing and it's called darkness, isn't it? That's the meaning we use to define the word. In reality, Darkness isn't. If it were, you would be able to make darkness darker and give me a jar of it. Can you... give me a jar of darker darkness, professor?"

Despite himself, the professor smiles at the young effrontery before him. This will indeed be a good semester.

"Would you mind telling us what your point is, young man?"
"Yes, professor. My point is, your philosophical premise is flawed to start with and so your conclusion must be in error...."
"The professor goes toxic. "Flawed...? How dare you...!"
"Sir, may I explain what I mean?"
The class is all ears.
"Explain... oh, explain..." The professor makes an admirable effort to regain control.
Suddenly he is affability itself. He waves his hand to silence the class, for the student to continue.

"You are working on the premise of duality," the Muslim explains. That for example there is life and then there's death; a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science cannot even explain a thought. It uses electricity and magnetism but has never seen, much less fully understood them. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.
"Death is not the opposite of life, merely the absence of it." The young man holds up a newspaper he takes from the desk of a neighbour who has been reading it.

"Here is one of the most disgusting tabloids this country hosts, professor. Is there such a thing as immorality?"

"Of course there is, now look..."

"Wrong again, sir. You see, immorality is merely the absence of morality. Is there such thing as injustice? No."

Injustice is the absence of justice. Is there such a thing as evil?" The Muslim pauses.

"Isn't evil the absence of good?"

The professor's face has turned an alarming colour. He is so angry he is temporarily speechless.

The Muslim continues. "If there is evil in the world, professor, and we all agree there is, then God, if he exists, must be accomplishing a work through the agency of evil. What is that work, God is accomplishing? Islam tells us it is to see if each one of us will, choose good over evil."

The professor bridles. "As a philosophical scientist, I don't vie this matter as having anything to do with any choice; as a realist, I absolutely do not recognize the concept of God or any other theological factor as being part of the world equation because God is not observable."
"I would have thought that the absence of God's moral code in this world is probably one of the most observable phenomena going," the Muslim replies.

"Newspapers make billions of dollars reporting it every week! Tell me, professor. Do you teach your students that they evolvedfrom a monkey?"

"If you are referring to the natural evolutionary process, youngman, yes, of course I do."
"Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?"
The professor makes a sucking sound with his teeth and gives his student a silent, stony stare.
"Professor. Since no-one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavour, are you not teaching your opinion, sir? Are you now not a scientist, but a priest?"
"I will overlook your impudence in the light of our philosophical discussion. Now, have you quite finished?" the professor hisses.
"So you don't accept God's moral code to do what is righteous?"
"I believe in what is - that's science!"
"Ahh! SCIENCE!" the student's face splits into a grin.
"Sir, you rightly state that science is the study of observed phenomena. Science too is a premise which is flawed..."
"SCIENCE IS FLAWED..?" the professor splutters. The class is in uproar. The Muslim remains standing until the commotion has subsided.
"To continue the point you were making earlier to the other student, may I give you an example of what I mean?"

The professor wisely keeps silent. The Muslim looks around the room.
"Is there anyone in the class who has ever seen air, Oxygen, molecules, atoms, the professor's brain?"

The class breaks out in laughter. The Muslim points towards his elderly, crumbling tutor.
Is there anyone here who has ever heard the professor's brain... felt the professor's brain, touched or smelt the professor's brain?"
No one appears to have done so. The Muslim shakes his head sadly. It appears no-one here has had any sensory perception of the professor's brain whatsoever. Well, according to the rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science, I DECLARE that the professor has no brain."

NOW IT IS EVERYONE'S CHANCE TO LEARN MORE ABOUT ISLAM, ABOUT GOD, ABOUT THE PURPOSE OF Existence, creation & life, ABOUT THE PROPHETS OF GOD, & ABOUT HIS HOLY BOOKS, ESPECIALLY THE HOLY QUR'AAN. THEN IT IS YOUR CHOICE TO BECOME A MUSLIM, OR NOT. ALLAAH SAYS IN THE HOLY: "THERE IS NO COMPULSION IN RELIGION "

There is no compulsion in religion; truly the right way has become clearly distinct from error; And he who rejects false deities and believes in Allaah(The God) has grasped a firm handhold which will never break. and Allaah is ALL-Hearing, All-Knowing(256)

Allah is the Protecting Guardian of those who believe. He brings them out of the darkness into the light; As for those who disbelieve, their guardians are false deities. They bring them out of light into darkness...(257)" AL-QUR'AAN (CHAPTER # 2, VERSES #256-257) They are much nicer and more sound in Arabic)

The Muslim sits... Because that is what a chair is for!!!