Monday, April 21, 2008

Menghormati Azan...


Syukur sekali lagi. Bersyukur kerana masih hidup. Dengan nikmat hidup ni sahaja, Allah dah beri saya banyak kelebihan. Apa lebihnya mas? Orang lain pun Allah bagi hidup jugak. Sebenarnya kelebihan tu bukan Allah bagi kat saya jer... anda semua pun dapat kelebihan ni. Apa dia??

Haa.. dengan adanya nikmat hidup yang Allah berikan pada kita, bererti Allah masih bagi chance kat kita untuk men'cantik'kan amalan kita. Betul tak?? (Betul tak betul sendiri jawab la. ok!)

Baiklah kawan2 semua....

Mas nak tanya pada kawan2. Pernah tak, tengok orang yang sedang menghadapi kematian?? Perasan tak, ada orang bila nak mati susah sangat. Nafas turun naik.Time nak mengucap tu... Allah hai... punyala payah! Masa sihat dulu laju jer sebut. Ish, takkan dah lupa kot! Ni masa dah nak mati ni, masa dia betul2 memerlukan susah pulak. Apa kes?? Nak tahu sebab apa? Ok. ada satu hadis ni. Jom baca ramai2...

Diriwayatkan dari sebuah hadis yang bermaksud :

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Laa... bukan dia tak ingat la. Rupanya masa hidup dulu dia ni tak hormatkan azan. Hormatkan azan?? Macamana tu?? Nak kena tunduk macam Jepun tu ker?? Adus... tak payah susah2. Senyap dan jawab azan itu dah cukup baik. Tak penat ker asyik nak bercakap jer. Time azan, bagila rehat kejap mulut tu. Bukan lama pun, dalam 5 minit jer.

Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Kalau lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Oleh itu, maafkanlah mas kalau ada yang cuba bercakap dengan mas, mas buat tak layan jer. Bukan tak dengar. Tapi, nak hormati azan. Dahla amalan saya ni tak banyak. Tak hormat azan pulak... Ish...ish...

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.

"Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

No comments: