Thursday, April 24, 2008

Bersama SPAQ mengutip secebis ilmu...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga ku panjatkan kepadaNYA kerana akhirnya dapat jugak melapangkan masa untuk join kelas SPAQ kali ni. Dah banyak kali kak wardah and bro izat jemput ke sana. Tapi, baru malam ni ada kesempatan. Time kasih sbb tak jemu ajak adik yang nakal ni. Hehe... Apa itu SPAQ? Ok, nak tahu lebih lanjut pasal SPAQ boleh jalan2 cari ilmu dan buka minda kat http://skuad.wordpress.com/.


Sebenarnya, ada bbrp program lain dalam kepala tp rasanya kelas kali ni kena p jugak. Buat sahabatku hasnah (atau panggilan manjanya 'sern') selamat hari lahir mas ucapkan. Maaf, tak dapat menyambut ulangtahun kelahiranmu malam ni. Ok, berbalik kepada program malam ni. Ada dua orang yang membuat pembentangan. Pembentangan yang pertama bro Nuruddin membentangkan tajuk Sekularisme and second presenter bro izat yang membentangkan tajuk 'Sufiah Yusof dan Pendidikan di Malaysia; satu analisa'.


Macamana nak citer ni ek? Erm, kita start dari mula la yea. Sebelum datang tu mas ingatkan buat kat kelas KAFA masjid USM tu. Dengan rasa musykil, mas pun terus call kak wardah cayang.


Mas : Kak wardah kat mana ni? Mas ada kat masjid ni. Kelas kita kat mana sebenarnya?

(Masa ni tak p check pun kat kelas KAFA tu, saja ngada trus tipon kak wardah. Bila lg

nak ngada ngan kak wardah, yea tak? Hehe...)

Wardah : Owh, akak ada kat Dewan Muzakarah ni.


Dewan Muzakarah? kat maner yea. Rasa macam tahu tapi disebabkan tahap ke'mengada'an yang tinggi....


Mas : Ala... kat mana tu kak wardah. Boleh tak kak wardah kuar jap?


Dengan tidak semena2 kak wardah pun kluar menjengok adiknya yg mengada2 ni yang membawa 2 orang konco yang setia iaitu zeti dan hajar. Kedatangan kami amat dialu2kan memandangkan memang xbrapa nak ada orang; mungkin hujan jadi penghalang kot. Masuk dalam tu jumpa ngan kak niza n kak teh dan adala 2 makhluk ciptaan Allah lagi (bro izat n unknown person).


Dah tu, Bro Nuruddin pun ceritala pasal Sekularisme; tentang sejarah kelahiran sekularisme di Barat dan sebab2 meletusnya fahaman Sekular ni. Masa dia bentang tu, rasa macam banyak jer yg mas tak tahu. Dengan 'term' arab yang xpnh dgr pon ada. Aduh, kurang nya ilmu saya ni. Betulla yea, lagi banyak kita belajar, lagi kita rasa banyak lagi yang kita tak tahu.
Lepas tu adala bincang sikit pasal isu Sufiah tu. Adala dikaitkan sikit bagaimana sistem pendidikan yang dia terima secara tak langsung memberi peluang kepada dia untuk jadi macam tu. Secara peribadi, mas tak brape stuju nak salahkan Sufiah jer. Ada banyak faktor dia jadi cam tu... Doa2kanlah satu hari nanti terbuka hati dia nak kembali ke jalan yang benar... Amin.

No comments: